Abang Nara ada satu persoalan untuk anda semua. Kalau anda bijak, sila nyatakan apakah persamaan Erra Fazira, Lisa Surihani dan Umie Aida?

Tak tahu? Ok Abang Nara bagilah jawapannya kepada anda. Kesian pulak tengok muka sedih anda semua. Ada 4 jawapan kesemuanya iaitu:-
1. Ketiga-tiganya sudah berkahwin
2. Ketiga-tiganya cun melecun
3. Ketiga-tiganya sangat power berlakon
2. Ketiga-tiganya cun melecun
3. Ketiga-tiganya sangat power berlakon
Dan jawapan keempat yang Abang Nara cari ialah………….(jeng jeng jeng)

Ketiga-tiga pelakon ini akan muncul di dalam drama Mana Hilangnya Juwita yang turut menampilkan Zahiril Adzim, Azhan Rani dan ramai lagi. Kalau selama ini kita dihidangkan dengan cerita jiwang karat dan leleh, drama Mana Hilangnya Juwita ini menjanjikan sesuatu yang berbeza. Abang Nara sangat teruja dengan sinopsis drama yang bakal ditayangkan menerusi Astro Ria bermula 9 Julai ini tepat jam 10 malam.
Abang Nara pasti semenjak dua menjak ini korang selalu dengar tentang kisah penculikan yang berlaku di negara kita nie kan? Kadang-kadang diculiknya supaya jadi pelacur, jadi peminta sedekah dan macam-macam lagilah. Dan di dalam drama Mana Hilangnya Juwita ini, Lisa Surihani yang berlakon sebagai Anggun datang dari kampung untuk mencari adiknya, Juwita yang telah gagal dihubungi beberapa hari. Sepanjang pencarian tersebut, Anggun bertemu dengan penuh pancaroba yang mampu membawanya ke kancah pelacuran dan dadah sekiranya tersilap langkah. Menarik kan?
No comments:
Post a Comment